Sunday, May 15, 2022

Agong, permaisuri jalani kuarantin kendiri setelah positif Covid-19

Pasangan diraja itu hanya bergejala ringan dan menjalani kuarantin di Istana Negara.

Other News

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menjalani kuarantin kendiri di Istana Negara setelah disahkan positif Covid-19.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan berkata Sultan Abdullah akan menjalani kuarantin kendiri hingga Khamis (7 April) manakala Tunku Azizah hingga Jumaat (8 April).

Beliau berkata pasangan diraja itu berkenan menjalani kuarantin kendiri selaras dengan protokol dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kementerian kesihatan bagi kes positif Covid-19 yang mengalami gejala ringan atau tidak bergejala.

“Adalah dimaklumkan Seri Paduka Baginda berdua hanya mengalami gejala ringan. Kesihatan Seri Paduka Baginda berdua secara amnya adalah dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan,” katanya.

Fadil berkata bersempena ketibaan bulan Ramadan, Sultan Abdullah menyeru rakyat supaya sentiasa berwaspada dan mengamalkan kawalan kendiri meskipun negara memasuki fasa peralihan ke endemik, semalam.

Seluruh rakyat turut diseru bersama mendoakan pasangan itu diberi kesembuhan dengan segera serta keafiatan yang berpanjangan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles