Friday, May 20, 2022

Mahkamah arah Najib fail pernyataan pembelaan kes saman AS$1.8 bilion SRC

Mahkamah mengarahkan Najib memfailkan pernyataan pembelaan dalam bahasa Inggeris hari ini manakala bahasa Melayu pada 4 April.

Other News

Mahkamah Tinggi hari ini mengarahkan Najib Razak memfailkan pernyataan pembelaan dalam kes saman AS$1.18 bilion yang difailkan SRC International Sdn Bhd terhadap bekas perdana menteri itu.

Peguam Lisa Yong yang mewakili SRC ketika dihubungi pemberita berkata semasa pengurusan kes secara dalam talian di hadapan Ahmad Fairuz Zainol Abidin, mahkamah mengarahkan Najib memfailkan pernyataan pembelaan dalam bahasa Inggeris hari ini manakala bahasa Melayu pada 4 April.

“Mahkamah juga mengarahkan plaintif (SRC) memfailkan jawapan kepada pernyataan pembelaan pada 13 Mei,” katanya dan menambah pengurusan kes selanjutnya ditetapkan pada 18 Mei.

Pada 7 Mei tahun lepas, SRC di bawah pengurusan barunya, memfailkan saman terhadap Najib serta bekas-bekas pengarah syarikat itu Suboh Md Yassin, Mohammed Azhar Osman Khairuddin, Nik Faisal Ariff Kamil, Che Abdullah @ Rashidi Che Omar, Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan Ismee Ismail.

Bagaimanapun, syarikat itu kemudian menggugurkan keenam-enam nama individu itu daripada saman tersebut dan hanya mengekalkan Najib sebagai defendan.

SRC mendakwa Najib telah menyalah guna kuasanya dan memperoleh manfaat peribadi daripada dana syarikat itu selain melakukan penyelewengan.

Najib adalah penasihat emeritus SRC dari 1 Mei 2012 hingga 4 Mac 2019.

SRC, yang kini dimiliki sepenuhnya oleh kementerian kewangan diperbadankan (MoF Inc) menuntut ganti rugi am, teladan dan tambahan selain faedah, kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles