Thursday, May 19, 2022

Kes harian lepasi 18,500 jangkitan, 44 lagi terkorban

206,854 kes aktif direkodkan dengan 97.4% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Other News

18,560 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,201,919 kes.

Sebanyak 18,253 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 3,960,082.

Ketika ini  206,854 kes aktif direkodkan, dengan 201,420 atau 97.4% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 646 (0.3%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 4,521 (2.2%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 267 kes dan 164 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 56.9% dengan kes Covid-19 merangkumi 30.3%.

44 korban akibat wabak itu turut dilaporkan, termasuk 8 kes kematian sebelum tiba ke hospital.

Ketika ini, kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 34,983 orang.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles