Monday, May 16, 2022

Kes harian lepasi 15,900 jangkitan, 33 lagi terkorban

206,591 kes aktif direkodkan dengan 97.3% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Other News

15,941 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,167,418 kes.

Sebanyak 21,186 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 3,941,829.

Ketika ini 206,591 kes aktif direkodkan, dengan 200,962 atau 97.3% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 690 (0.3%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 4,664 (2.3%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 275 kes dan

168 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 64.5% dengan kes Covid-19 merangkumi 38.2%.

33 korban akibat wabak itu turut dilaporkan, termasuk 11 kes kematian sebelum tiba ke hospital.

Ketika ini, kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 34,939 orang.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles