Tuesday, May 17, 2022

Kes harian lepasi 15,200 jangkitan, 64 lagi terkorban

236,023 kes aktif direkodkan dengan 97.5% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Other News

15,215 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,167,418 kes.

Ketika ini 236,023 kes aktif direkodkan, dengan 230,081 atau 97.5% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 817 (0.3%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 4,843 (2.1%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 282 kes dan 176 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 56.9% dengan kes Covid-19 merangkumi 32%.

64 korban akibat wabak itu turut dilaporkan, termasuk 14 kes kematian sebelum tiba ke hospital.

Ketika ini, kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 34,906 orang.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles