Thursday, May 19, 2022

Kes harian turun ke paras 13,300, 54 lagi terkorban

220,872 kes aktif direkodkan dengan 97.2% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Other News

13,336 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,152,203 kes.

Sebanyak 25,552 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 3,896,489.

Ketika ini  220,872 kes aktif direkodkan, dengan 214,723 atau 97.2% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 873 (0.4%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 4,988 (2.3%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 288 kes dan 185 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 56.6% dengan kes Covid-19 merangkumi 32.8.

54 korban akibat wabak itu turut dilaporkan, termasuk 16 kes kematian sebelum tiba ke hospital.

Ketika ini, kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 34,842 orang.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles