Monday, May 16, 2022

Will Smith tampar muka hos atas pentas anugerah Oscar

Ia terjadi selepas pelawak Chris Rock membuat jenaka membandingkan Jada Pinkett Smith dengan lakonan Demi Moore yang mencukur kepalanya dalam filem 'GI Jane' ada 1997.

Other News

Calon pelakon terbaik anugerah Oscar menampar muka hos anugerah itu, Chris Rock sambil menjerit perkataan kesat terhadap pelawak tersebut kerana membuat jenaka mengenai kehadiran isterinya di acara berprestij tersebut pada Ahad.

Kejadian tersebut dilihat bermula dengan jenaka Rock yang telah dirancang sebelumnya namun menjadi serius apabila Smith menjerit: “Nama isteri aku jangan sebut **!”

Audio daripada majlis yang disiarkan dari Amerika Syarikat itu dipotong daripada transmisi siaran bagi ramai penonton kerana bahasa kesat yang dilontarkan.

Sebelum ditampar, Rock sedang membuat jenaka terhadap beberapa individu, namun beliau kemudiannya berkata: “Jada (Pinkett Smith), saya minat anda. Filem GI Jane II, tak sabar nak tonton.”

Beberapa saat kemudian, Smith berjalan ke atas pentas dan menghayunkan tamparan ke muka Rock yang berada dalam keadaan terbuka.

“Wow, Will Smith baru sahaja tampar aku,” Rock berkata dan disambut hilaian ketawa, yang merasakan ia adalah sebahagian daripada persembahan malam itu.

“Wow, saudara. Ini jenaka GI Jane,” merujuk filem GI Jane pada 1997 yang dibintangi Demi Moore di mana aktres itu mencukur seluruh kepalanya.

Ketika itulah Smith memberi amaran supaya nama isterinya tidak disebut dalam jenaka Rock.

Rock yang dilihat tenang menjawab, “Ya saya tak akan sebut lagi. Ini adalah malam paling hebat dalam sejarah televisyen.”

Smith kemudiannya mengulangi jeritan amarannya itu dengan lebih keras.

Para hadirin hanya menyedari babak dramatik itu bukan rekaan selepas Smith duduk semula di kerusi tetamu dengan menggeleng kepala tanda tidak percaya dengan kejadian tersebut.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles