Monday, May 23, 2022

Saksi tidak sihat, kes pengubahan wang haram Shafee ditangguh

Perbicaraan akan didengar di Mahkamah Tinggi esok.

Other News

Perbicaraan kes peguam Muhammad Shafee Abdullah yang didakwa atas pertuduhan pengubahan wang haram dan membuat penyataan palsu kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ditangguhkan ke esok kerana saksi ketujuh pendakwaan tidak sihat.

Pada prosiding di Mahkamah Tinggi hari ini, timbalan pendakwa raya Afzainizam Abdul Aziz memberitahu hakim Muhammad Jamil Hussin bahawa pegawai cukai LHDN Syed Nasrul Fahmi Syed Mohamad memaklumkan keadaan kesihatannya pada 8 pagi tadi.

“Saksi masih dalam pemeriksaan balas. Saksi kami seterusnya ialah pegawai penyiasat. Justeru kami memohon perbicaraan hari ini ditangguhkan ke esok,” katanya.

Memandangkan tiada bantahan daripada peguam Harvinderjit Singh yang mewakili Muhammad Shafee, mahkamah kemudiannya menangguhkan perbicaraan hari ini dan menetapkan esok untuk menyambung perbicaraan.

Pada 13 September 2018, Shafee mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima wang hasil kegiatan haram berjumlah RM9.5 juta melalui dua cek dikeluarkan oleh bekas perdana menteri Najib Razak yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank Berhad miliknya.

Peguam itu juga berdepan dua pertuduhan terlibat dalam transaksi hasil daripada aktiviti haram iaitu mengemukakan penyata tidak betul dan bertentangan dengan perenggan 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Dis 2013 dan 31 Disember 2014.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles