Monday, May 16, 2022

Kes baru menurun ke paras 16,800, 37 lagi korban

233,179 kes aktif direkodkan dengan 97.2% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Other News

16,863 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,138,867 kes.

Sebanyak 26,171 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 3,870,937.

Ketika ini 233,179 kes aktif direkodkan, dengan 226,656 atau 97.2% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 1,032 (0.4%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 5,192 (2.2%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 299 kes dan 187 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 56.9% dengan kes Covid-19 merangkumi 33.9%.

37 korban akibat wabak itu turut dilaporkan, termasuk 6 kes kematian sebelum tiba ke hospital.

Ketika ini, kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 34,751 orang.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles