- Iklan -
Berita

Kes harian menurun ke paras 20,900, 34 lagi terkorban

242,487 kes aktif direkodkan, 97.1% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Sekumpulan kanak-kanak sedang bermain pasir pantai di Pengkalan Balak, Melaka. SOP memakai pelitup muka dilonggarkan pada 1 April sempena peralihan ke fasa endemik.
Sekumpulan kanak-kanak sedang bermain pasir pantai di Pengkalan Balak, Melaka. SOP memakai pelitup muka dilonggarkan pada 1 April sempena peralihan ke fasa endemik.

20,924 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,122,004 kes.

Sebanyak 25,467 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 3,844,766.

Ketika ini  242,487 kes aktif direkodkan, dengan 235,596 atau 97.1% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 1,159 (0.5%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 5,430 (2.2%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 302 kes dan 198 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 56.9% dengan kes Covid-19 merangkumi 34.2%.

34 korban akibat wabak itu turut dilaporkan, termasuk 8 kes kematian sebelum tiba ke hospital.

Ketika ini, kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 34,751 orang.