Wednesday, May 18, 2022

Selepas 4 tahun ‘terabai’, kerja baik pulih stesen bas Batu Pahat kini bermula

Kerja-kerja baik pulih di bangunan tiga tingkat itu terbengkalai sejak beberapa tahun lalu, namun kini peniaga di sana dapat menarik nafas lega.

Other News

Gerak kerja baik pulih stesen bas awam tumpuan Batu Pahat, Johor yang sudah “terabai” selama lebih kurang empat tahun dilihat sudah bergerak aktif sejak beberapa hari lalu susulan laporan tular MalaysiaNow, kira-kira dua minggu lalu.

Perkembangan itu memberikan kelegaan kepada para penyewa dan peniaga di kompleks tiga tingkat di Jalan Rugayah itu.

Beberapa peniaga dan penyewa memberitahu MalaysiaNow, setakat ini kerja baik pulih dijalankan secara konsisten selepas dipercayai pihak kontraktor bimbang sekiranya terdapat laporan susulan mengenai tempat tersebut sekali lagi.

Seorang peniaga dan penyewa yang hanya mahu dikenali sebagai Saiful berkata, beberapa pekerja sudah kelihatan di lapangan untuk meneruskan kerja baik pulih bangunan itu.

“Mereka dah sambung semula kerja tapi tak tahulah sampai siap atau tidak,” katanya kepada MalaysiaNow.

Beberapa keping foto dan video dihantar kepada MalaysiaNow menunjukkan kerja baik pulih di bahagian luar bangunan itu sedang dijalankan.

Sebelum ini, MalaysiaNow melaporkan keadaan stesen bas awam itu yang sungguh daif dan kotor tidak ubah seperti peninggalan “tempat zombie” mendapat perhatian ramai pihak.

Ini susulan bangunan itu pernah menjadi lokasi tersohor memandangkan ramai pengembara memilihnya sebagai lokasi transit pengangkutan darat dan pilihan utama penduduk setempat untuk membeli belah termasuk golongan tu pelajar.

Selepas kerja baik pulih kompleks bangunan itu bermula sejak empat tahun lalu, perkembangan kerja yang dilakukan amat perlahan dan disifatkan peniaga sebagai diabaikan.

Ini menyebabkan ramai peniaga bertindak untuk keluar dan memilih lokasi baru bagi meneruskan perniagaan masing-masing.

Seorang penjaga kaunter tiket bas ekspres dikenali sebagai Mira berkata, hatinya lega sejak beberapa hari lalu apabila sampai di tempat kerja.

“Saya nampak ada orang masuk buat kerja. Sudah sekian lamanya saya duduk di situ berasa sangat sunyi.

“Dua, tiga hari ni saya dengar bunyi orang gerudi dinding, bunyi orang ketuk lantai. Saya suka walaupun bising.

“Ia buat saya tahu bahawa kerja yang tertangguh ni akhirnya dah dimulakan semula,” katanya kepada MalaysiaNow.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles