Friday, May 20, 2022

Singapura akan batal SOP pakai pelitup muka

Sekatan terhadap pelawat yang tiba di negara itu juga akan turut dilonggarkan.

Other News

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong hari ini berkata negara itu dalam usaha melonggarkan lebih banyak sekatan Covid-19 termasuk membatalkan beberapa prosedur operasi standard (SOP) bagi pelawatnya yang lengkap divaksinasi selain turut menggugurkan pemakaian pelitup muka di kawasan awam.

Singapura adalah antara negara pertama yang beralih kepada strategi untuk hidup bersama virus Covid-19 namun terpaksa menangguhkan beberapa rancangan untuk melonggarkan sekatan ekoran peningkatan jangkitan wabak itu.

Gelombang Omicron yang melanda republik itu juga kini mencatatkan penurunan.

Pada tahap kemuncak penularan wabak itu pada Februari lalu, Singapura melaporkan hampir 26,000 kes harian, namun jumlah kes baru menurun ke paras 9,000 pada Rabu.

Kebanyakan kes yang dilaporkan adalah bergejala ringan atau asimptomatik.

Kira-kira 92% dari 5.5 juta penduduknya telah lengkap divaksinasi sementara 71% lagi telah menerima dos penggalak.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles