- Iklan -
Berita

Pemuda Bersatu kecam ahli Parlimen pembangkang tidak sokong usul Sosma

Menurut Wan Ahmad Fayhsal, pembangkang tidak menghormati MoU antara kerajaan dan pembangkang dan masih mengutamakan perbezaan politik berbanding kepentingan rakyat.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Usul melanjutkan penguatkuasaan Sosma dibentangkan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin di Dewan Rakyat semalam. Gambar: Bernama
Usul melanjutkan penguatkuasaan Sosma dibentangkan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin di Dewan Rakyat semalam. Gambar: Bernama

Pemuda Bersatu Bersatu mengecam tindakan ahli-ahli Parlimen pembangkang yang tidak menyokong usul lanjutan penguatkuasaan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) di Dewan Rakyat semalam.

Ketuanya Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendakwa selain tidak menghormati memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan dan pembangkang, pihak pembangkang masih mengutamakan perbezaan politik berbanding kepentingan rakyat.

“Ini bertentangan dengan amalan kebiasaannya iaitu semua pihak harus mengenepikan perbezaan peribadi atau politik dalam perkara-perkara yang melibatkan dasar keselamatan negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Wan Ahmad Fayhsal berkata tindakan mereka hari ini juga jelas memperlekeh dan memperkotak-katikkan usaha kerajaan, khususnya kementerian dalam negeri untuk mewujudkan satu persekitaran dan perimeter yang selamat.

Beliau berkata Sosma merupakan salah satu instrumen pencegahan jenayah keganasan serta bertujuan memelihara kedaulatan negara.

Usul lanjutan penguatkuasaan subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 bagi tempoh lima tahun lagi yang dibentang Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin, tidak diluluskan Dewan Rakyat semalam setelah melalui undi belah bahagian, yang menyaksikan 84 ahli Parlimen bersetuju manakala 86 lagi tidak bersetuju.

Ikuti kami di Telegram untuk kemas kini terkini: https://t.me/malaysianowbm

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi

Artikel Berkaitan

Tiada artikel ditemui.