Monday, May 16, 2022

Muhyiddin gesa ahli Bersatu mula ‘berkempen’ untuk PRU15 dari sekarang 

Menurut pengerusi PN itu, PRN Melaka dan Johor menunjukkan potensi besar untuk gabungan politik itu terus berkembang pada masa hadapan.

Other News

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin menggesa ahli-ahli partinya disaran supaya bersedia dan tidak menunggu sehingga hari penamaan calon untuk berkempen supaya mendapat liputan seluas mungkin, ketika cakap-cakap mengenai pembubaran Parlimen hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini.

Muhyiddin berkata, saranan ini berdasarkan pengalaman beliau ketika berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini, apabila tidak berkesempatan untuk mengunjungi seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)  disebabkan keterbatasan waktu.

Beliau yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN), turut menggesa semua ahli sama ada yang mempunyai jawatan dalam kerajaan atau tidak, supaya berkempen bersama bagi menguatkan jentera pilihan raya gabungan itu.

“Bercakap tentang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), jangan tunggu bila dah hari penamaan calon baru kita nak berkempan,” katanya semasa sesi temubual bersama Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan malam tadi.

“Gerakan ini akan dibuat sama ada mereka berjawatan (dalam kerajaan) atau tidak. Jika jalankan bersama.”

Sementara itu, Muhyiddin berkata, meskipun Bersatu disifatkan sebagai sebuah parti politik baru dan mempunyai beberapa kelemahan, ia tidak boleh dijadikan sebagai “alasan” apabila berdepan pilihan raya.

Oleh itu, katanya, terdapat pelbagai perkara yang perlu diambil perhatian bagi mengukuhkan jentera, ahli dan logistik parti.

“Boleh saja kita gunakan dalih bahawa kita adalah parti baru, tetapi masa dan situasi tidak mengatakan kamu (Bersatu) adalah parti baru, maka buatlah setakat yang mana yang mampu.

“Apabila berdepan pilihan raya, parti baru atau lama akan menghadapi undi.

“Saya sudah arahkan pengerusi biro latihan untuk adakan pusat latihan dan buat kursus supaya letakkan parti kita dalam keadaan sedia,” katanya.

Pada PRN Johor yang lalu, PN memenangi 3 daripada kerusi DUN yang dipertandingkan.

Sementara BN berjaya mentadbir Johor selepas memenangi 40 kerusi DUN.

Dalam pada itu, berdasarkan prestasi pada PRN Melaka dan Johor, Muhyiddin berkata, peratusan pengundi ke arah PN dilihat memberangsangkan sekali gus menunjukkan potensi besar untuk gabungan politik itu terus berkembang pada masa hadapan.

Katanya, sokongan yang diperoleh itu jelas membuktikan pendirian PN yang berasaskan integriti menerima sokongan rakyat.

“Kedua-dua PRN Melaka dan Johor membuktikan PN ada potensi besar.

“Orang kata kita adalah naib johan – walaupun tiada makna untuk berada di kedudukan naib johan – tetapi boleh nampak peratusan sokongan itu ada,” katanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles