- Iklan -
Berita

2 juta penerima Sinovac dijangka hilang sijil lengkap vaksin

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata sebanyak 2.09 juta penerima Sinovac belum melengkapkan dos penggalak ketika ini.

Ahmad Mustakim Zulkifli
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang wanita menyemak sijil digital vaksinasi lengkap dalam aplikasi Mysejahtera.
Seorang wanita menyemak sijil digital vaksinasi lengkap dalam aplikasi Mysejahtera.

Dianggarkan seramai dua juta penerima vaksin Sinovac akan kehilangan sijil lengkap jika mereka gagal mendapatkan vaksinasi dos penggalak dalam jangka masa seminggu menjelang 31 Mac.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata sebanyak 2.09 juta penerima Sinovac belum melengkapkan dos penggalak ketika ini.

“Mengikut unjuran kita untuk seminggu lagi, mungkin akan ada dua juta penerima vaksin primer Sinovac yang berisiko hilang status vaksin lengkap mereka,” katanya pada sidang media hari ini.

Sebelum ini, Khairy berkata mereka yang penerima vaksin Sinovac dan warga emas akan diberikan tempoh sehingga hujung Februari untuk mendapatkan dos penggalak.

Bagaimanapun, pada awal bulan ini, beliau mengumumkan tempoh tersebut akan dilanjutkan sehingga 31 Mac depan.

Khairy turut berkata beliau tidak menjangkakan bulan puasa yang menjelang tidak lama lagi akan melambatkan kadar penerima dos penggalak.

“Saya tak jangkakan perlahan pada Ramadan kerana saya rasa tidak ada kadar yang lagi lambat dari sekarang. Kadarnya sangat-sangat rendah,” katanya.