- Iklan -
Berita

SPRM tahan suami isteri bantu siasatan bocor maklumat tender LLM RM1.2 juta

Mahkamah Majistret mengeluarkan perintah reman lima hari terhadap kedua-dua suspek.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Suspek di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.
Suspek di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan berhubung pembocoran maklumat membabitkan tender Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bernilai lebih RM1.2 juta.

Kedua-dua suspek ditahan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya petang semalam direman lima hari bermula hari ini selepas perintah dikeluarkan majistret Tuan Shah Wira Abdul Halim pagi tadi.

Menurut sumber SPRM, suspek wanita berusia 42 tahun itu merupakan seorang pengarah dan terbabit dalam pemilihan kontrak LLM itu dipercayai membocorkan maklumat tender bernilai RM1.2 juta kepada suaminya sebagai balasan syarikat milik suaminya dilantik sebagai sub kontraktor kepada satu lagi syarikat yang berjaya mendapat projek berkaitan sistem elektronik pada tahun 2020.

Kedua-dua mereka ditahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.