Monday, May 16, 2022

Kes Covid-19 rekod 4 juta jangkitan sejak 2020

17,828 kes baru, 63 lagi korban direkodkan hari ini.

Other News

17,828 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,010,952 kes.

Sebanyak 28,003 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 3,712,668.

Ketika ini  263,821 kes aktif direkodkan, dengan 255,133 atau 96.7% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 1,447 (0.6%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 6,883 (2.6%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 358 kes dan 199 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 59% dengan kes Covid-19 merangkumi 40.4%.

63 korban akibat wabak itu turut dilaporkan, termasuk 21 kes kematian sebelum tiba ke hospital.

Ketika ini, kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 34,463 orang.

 

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles