- Iklan -
Berita

Pesawat bawa 133 penumpang terhempas cetus kebakaran gunung di China

Pesawat Boeing 737 itu terhempas di kawasan luar bandar berhampiran Wuzhou, Guangxi.

AFP
1 minit bacaan
Kongsi
Pesawar penerbangan China Eastern Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles pada 12 Februari 2020. Gambar: AFP
Pesawar penerbangan China Eastern Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles pada 12 Februari 2020. Gambar: AFP

Sebuah pesawat China Eastern Airlines yang membawa 133 penumpang terhempas di barat daya China, mencetuskan kebakaran di kawasan gunung, lapor agensi berita CCTV pada Isnin.

Bagaimanapun, jumlah kematian nahas tersebut masih tidak diketahui.

Pesawat Boeing 737 itu terhempas di kawasan luar bandar berhampiran Wuzhou, Guangxi dan telah “menyebabkan kawasan gunung terbakar”, kata CCTV memetik biro pengurusan kecemasan wilayah itu.

Laporan tersebut turut menambah pasukan penyelamat telah dihantar ke tempat kejadian.

“Pesawat Boeing 737 China Eastern Airlines yang membawa 133 penumpang terhempas di daerah Teng, Wuzhou, Guangxi, dan menyebabkan kebakaran gunung,” kata CCTV dalam laporan tersebut.

Media tempatan turut melaporkan penerbangan pesawat MU5735 China Eastern tersebut tidak tiba di destinasi yang telah dijadualkan di Guangzhou selepas berlepas dari bandar Kunming sejurus selepas pukul 1 tengah hari (waktu tempatan) pada Isnin.

Setakat ini, China Eastern belum memberikan sebarang maklum balas ketika dihubungi AFP.