- Iklan -
Berita

Kit Siang positif Covid-19

Veteran DAP itu turut mengalami gejala ringan seperti batuk.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang. Gambar: Bernama
Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang. Gambar: Bernama

Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang hari ini disahkan positif Covid-19 dan kini menjalani kuarantin kendiri selepas mengalami gejala ringan.

Lim disahkan positif dalam ujian saringan PCR selepas didiagnosis positif ujian RTK-antigen awal hari ini, kata setiausaha politiknya, Syahredzan Johan

Veteran DAP itu lengkap divaksinasi dan menerima dos penggalak.

“Setakat ini beliau hanya mengalami gejala ringan seperti batuk.

“Beliau kini berada di bawah kuarantin mengikut protokol biasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada Kongres Kebangsaan DAP ke-17 semalam, Lim yang berusia 81 tahun mengumumkan persaraan dari arena politik tanah air selepas 56 tahun kariernya bersama DAP dan turut berkata beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Susulan itu, kongres DAP semalam mengumumkan beliau dilantik sebagai mentor parti itu.

Sementara itu, Syahredzan mewakili Lim turut memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.