Wednesday, May 18, 2022

Kes harian menurun bawah 20,000, 71 lagi korban

274,059 kes aktif direkodkan dengan 96.7% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Other News

19,105 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3,993,124 kes.

Sebanyak 28,250 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 3,684,665.

Ketika ini 274,059 kes aktif direkodkan, dengan 264,985 atau 96.7% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu,  1,623  (0.6%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 7,080 (2.6%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 371 kes dan 203 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 58.4% dengan kes Covid-19 merangkumi 41%.

71 korban akibat wabak itu turut dilaporkan, termasuk 26 kes kematian sebelum tiba ke hospital.

Ketika ini, kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 34,400 orang.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles