- Iklan -
Berita

Anwar pula positif Covid-19

Beliau kini menjalani kuarantin kendiri selama seminggu.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Ahli Parlimen Port Dickson Anwar Ibrahim. Gambar: Bernama
Ahli Parlimen Port Dickson Anwar Ibrahim. Gambar: Bernama

Presiden PKR Anwar Ibrahim hari ini disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan PCR di Parlimen hari ini.

Ketua pembangkang itu kini sedang menjalani kuarantin kendiri selama seminggu, menurut setiausaha sulitnya, Shukri Saad.

Awal hari ini, veteran DAP Lim Kit Siang juga turut dilaporkan positif Covid-19 dan mengalami gejala ringan.

Selain dua pemimpin pembangkang itu, Presiden PAS Abdul Hadi Awang juga turut disahkan positif Covid semalam.

Setakat hari ini, negara telah merekodkan 3,993,124 kes positif sejak pandemik melanda negara.

Kematian akibat Covid pula kini mencecah 34,400 kes dengan 71 korban dicatatkan semalam.