Wednesday, May 18, 2022

4 kluster diisytihar tamat di Sabah

Kini jumlah kluster yang masih aktif di Sabah ialah sebanyak 14.

Other News

Empat lagi kluster diisytihar tamat di Sabah semalam, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun.

Beliau yang juga jurucakap kerajaan Sabah berkaitan Covid-19 berkata kluster tersebut ialah Jalan Pintas Sembulan dan Sutera 2 di Kota Kinabalu; Giram di Kunak dan kluster Kemburongoh 2 di Ranau.

“Dengan penamatan kluster tersebut, jumlah kluster yang masih aktif di Sabah ialah 14,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Sementara itu, Masidi berkata sebanyak 339 kes positif baru Covid-19 dilaporkan di Sabah semalam, menjadikan jumlah kumulatif 363,909 kes.

Beliau berkata seramai 880 pesakit Covid-19 di Sabah telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital serta pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah, menjadikan jumlah kumulatif pesakit sembuh 337,768 orang manakala 576 pesakit masih dirawat.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles