Monday, May 16, 2022

Kes harian menurun ke paras 22,300, 85 lagi korban

283,275 kes aktif direkodkan, dengan 96.7% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Other News

22,341 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3,974,019 kes.

Sebanyak 33,347 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 3,656,415.

Ketika ini 283,275 kes aktif direkodkan, dengan 273,974 atau 96.7% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 1,747 (0.6%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 7,164 (2.5%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 390 kes dan 219 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 60.7% dengan kes Covid-19 merangkumi 44%.

85 korban akibat wabak itu turut dilaporkan, termasuk 23 kes kematian sebelum tiba ke hospital.

Ketika ini, kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 34,329 orang.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles