- Iklan -
Berita

DAP lantik Anthony Loke SU agung baru, Guan Eng pengerusi

30 anggota CEC untuk penggal 2022-2025 turut dipilih pada Kongres Kebangsaan DAP ke-17 hari ini.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Antara perwakilan DAP yang hadir pada Kongres Kebangsaan DAP Ke-17 di IDCC, Shah Alam hari ini. Gambar: Bernama
Antara perwakilan DAP yang hadir pada Kongres Kebangsaan DAP Ke-17 di IDCC, Shah Alam hari ini. Gambar: Bernama

Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook hari ini dilantik sebagai setiausaha agung DAP yang baru menggantikan Lim Guan Eng yang dipilih sebagai pengerusi kebangsaan dalam pemilihan sempena Kongres Kebangsaan DAP ke-17.

Loke, yang sebelum ini setiausaha penganjur kebangsaan DAP, menggantikan Lim yang tidak boleh dipilih semula untuk jawatan tersebut pada pemilihan kali ini kerana perlembagaan parti itu hanya membenarkan seseorang memegang jawatan setiausaha agung selama tempoh maksimum tiga penggal.

Bekas menteri pengangkutan itu terdahulu dipilih menggangotai Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP selepas meraih 1,625 undi manakala Guan Eng memperoleh 1,311 undi.

Keputusan itu diumumkan speaker Kongres Kebangsaan DAP ke-17, Chiew Chiu Sing, pada sidang media di akhir persidangan itu.

Seramai 2,179 perwakilan menghadiri kongres sehari secara fizikal di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam itu dan bertanggungjawab mengundi 30 anggota CEC untuk penggal 2022-2025.

Ahli CEC juga akan memilih pemegang jawatan parti, termasuk jawatan setiausaha agung.