Wednesday, May 18, 2022

Kes harian menurun ke paras 24,200, 59 lagi korban

294,366 kes aktif direkodkan dan 96.7% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Other News

24,241 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3,951,678 kes.

Sebanyak 26,615 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 3,623,068.

Ketika ini, 294,366 kes aktif direkodkan, dengan 284,592 atau 96.7% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu,  1,791  (0.6%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 7,600 (2.6%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 383 kes dan 222 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 59.7% dengan kes Covid-19 merangkumi 43.2% daripadanya.

59 korban akibat wabak itu turut dilaporkan, termasuk 13 kes kematian sebelum tiba ke hospital.

Ketika ini, kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 34,244 orang.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles