Monday, May 16, 2022

105 lagi korban Covid dicatat, kes baru cecah 28,298 jangkitan

299,331 kes aktif direkodkan dan 96.6% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Other News

28,298 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3,900,433 kes.

Sebanyak 33,009 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 3,567,003.

Ketika ini 299,331 kes aktif direkodkan, dengan 289,043 atau 96.6% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 2,082  (0.7%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 7,832 (2.6%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 374 kes dan 233 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 57.9% dengan kes Covid-19 merangkumi 42.4% daripadanya.

105 korban akibat wabak itu turut dilaporkan, termasuk 29 kes kematian sebelum tiba ke hospital.

Ketika ini, kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 34,099 orang.

 

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles