Sunday, May 15, 2022

PM umum ‘keputusan sukar’ benarkan lagi pengeluaran simpanan KWSP

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata ia adalah keputusan sukar untuk dilakukan dan menasihatkan orang ramai untuk mengeluarkan simpanan mereka ketika keadaan ‘mendesak’.

Other News

Kerajaan akhirnya tunduk dengan desakan sekelompok ahli politik diketuai bekas perdana menteri Najib Razak untuk membenarkan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) walaupun kumpulan dana persaraan itu memberikan amaran penyusutan simpanan pencarum tahun lalu.

Keputusan membenarkan pengeluaran sebanyak RM10,000 dari KWSP tersebut diumumkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media hari ini, menjelang Perhimpunan Agung Umno yang akan bermula pada malam ini.

Bagaimanapun, beliau menyeru pencarum untuk membuat pertimbangan sewajarnya sebelum mengeluarkan wang tersebut kerana ia merupakan simpanan masa depan.

“Walaupun kerajaan memberikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun saya merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.”

Pengumuman Ismail itu tampil ketika desakan bertubi-tubi dilancarkan ahli politik yang bersekutu dengan Najib selain turut disokong Presiden PKR Anwar Ibrahim, di mana kedua-dua mereka menggunakan isu pengeluaran KWSP sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Sabtu lalu.

Disember lalu, KWSP memberikan respons terhadap desakan tersebut mengatakan simpanan pencarum ketika ini sudah semakin menyusut selepas beberapa kali kerajaan membenarkan pengeluaran simpanan melalui inisiatif i-Citra, i-Lestari dan i-Sinar.

Inisiatif tersebut diperkenalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Muhyiddin Yassin bagi membolehkan orang ramai berdepan impak pandemik Covid-19.

KWSP juga berkata ia bimbang pendekatan menggunakan simpanan ketika darurat seperti banjir akan menyebabkan simpanan pencarum tidak cukup ketika persaraan mereka.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles