- Iklan -
Berita

Kes harian menurun ke paras 26,500 jangkitan, 95 lagi korban

Ketika ini 304,147 kes aktif direkodkan, dengan 96.5% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Suasana di pasar Chow Kit di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN). Di bawah PPN, penerima vaksin lengkap diberikan kelonggaran untuk melakukan aktiviti ekonomi dan sosial.
Suasana di pasar Chow Kit di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN). Di bawah PPN, penerima vaksin lengkap diberikan kelonggaran untuk melakukan aktiviti ekonomi dan sosial.

26,534 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3,872,135 kes.

Sebanyak 31,234 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 3,533,994.

Ketika ini 304,147 kes aktif direkodkan, dengan 293,435 atau 96.5% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 2,123  (0.7%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 8,213 (2.7%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 376 kes dan 222 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 58.1% dengan kes Covid-19 merangkumi 42.9% daripadanya.

95 korban akibat wabak itu turut dilaporkan, termasuk 23 kes kematian sebelum tiba ke hospital.

Ketika ini, kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 33,994 orang.