- Iklan -
Berita

33.2% kanak-kanak terima vaksin, 65.1% dewasa diberi dos penggalak

91.2% populasi remaja juga dilaporkan telah lengkap divaksinasi.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang kanak-kanak tenang ditemani ibunya ketika menerima vaksin PPV Dewan Komuniti Taman Bukit Mewah, Kajang.
Seorang kanak-kanak tenang ditemani ibunya ketika menerima vaksin PPV Dewan Komuniti Taman Bukit Mewah, Kajang.

Seramai 1,180,323 atau 33.2% kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

Berdasarkan laman web CovidNow, bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,838,292 individu atau 91.2% telah melengkapkan vaksinasi Covid-19, setakat semalam.

Seramai 2,938,106 individu atau 94.4% daripada kumpulan itu pula sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa, seramai 15,317,615 individu atau 65.1% telah menerima dos penggalak Covid-19, seramai 22,936,715 individu atau 97.5% daripada populasi sama telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 23,213,016 individu atau 98.7% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Vaksinasi harian semalam menyaksikan sebanyak 51,798 dos vaksin diberikan meliputi 14,496 dos pertama, 2,055 dos kedua dan 35,247 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 68,214,783.

Sementara itu, menurut portal GitHub KKM, 92 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam dengan Kedah merekodkan angka tertinggi sebanyak 28 kes, diikuti Johor (15), Selangor (14), Pulau Pinang (tujuh) dan Perak enam kes.

Negeri Sembilan, Pahang dan Sabah masing-masing merekodkan lima kes, Sarawak dan Terengganu  masing-masing tiga manakala Kelantan satu kes.

- Iklan -

Paling Popular