Friday, July 1, 2022

Pesakit pertama terima jantung babi meninggal dunia

Jurucakap hospital berkata tiada faktor yang jelas dikenal pasti akibat kematiannya.

Other News

Pesakit pertama yang berjaya menerima pemindahan jantung babi telah meninggal dunia pada Selasa selepas dua bulan menjalani prosedur itu, menurut hospital Maryland pada Rabu.

David Bennett, rakyat Amerika berusia 57 tahun, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Maryland (UMMC).

Doktor tidak mendedahkan punca sebenar kematian, sekadar memaklumkan kesihatannya mula merosot sejak beberapa hari lalu, lapor Xinhua.

“Tiada faktor yang jelas dikenal pasti akibat kematiannya,” kata jurucakap hospital.

Bennett menjalani pembedahan pertama seumpamanya pada 7 Januari di hospital berkenaan.

Beliau dianggap tidak layak untuk pemindahan jantung konvensional, dan pemindahan organ babi yang diubahsuai secara genetik itu merupakan satu-satunya pilihan untuk beliau ketika itu, menurut UMMC.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles