- Iklan -
Berita

Rusia nafi ada kaitan dengan kenaikan harga tenaga

Menurut timbalan perdana menterinya, Rusia sudah memenuhi semua kewajipannya dan produk minyaknya sedang dihantar ke pasaran Eropah seperti dirancang.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Operasi pam minyak di Willow Springs Park di Long Beach, California pada 21 April 2020. Harga minyak meningkat lebih dari AS$20 setong sejak awal 2022 ekoran kebimbangan berhubung sekatan Amerika dan Eropah terhadap sektor tenaga Rusia, di mana ia dilihat boleh menjejaskan bekalan. Gambar: AFP

Rusia tidak mempunyai kaitan dengan kenaikan dan harga bahan tenaga yang tidak menentu di pasaran, kata Timbalan Perdana Menteri Rusia Alexander Novak pada Isnin lapor Xinhua.

Eropah menggunakan kira-kira 500 bilion meter padu gas setahun dan 40% datangnya dari Rusia, katanya dalam satu kenyataan yang turut menyifatkan negara-negara di Eropah sebagai “rakan kongsi yang boleh dipercayai.”

Syarikat gergasi industri gas Rusia. Gazprom memenuhi sepenuhnya kewajipan kontraknya untuk membekalkan gas ke Eropah, tegas Novak.

Rusia menyediakan kira-kira 30% daripada penggunaan minyak Eropah dan merupakan pembekal terbesarnya.

Novak berkata Rusia sudah memenuhi semua kewajipannya dan produk minyaknya sedang dihantar ke pasaran Eropah seperti dirancang.

Harga bahan tenaga meningkat akibat pandemik Covid-19 dan yang terbaru disebabkan konflik Rusia-Ukraine.

Menurut anggaran pejabat perangkaan Kesatuan Eropah, Eurostat, harga bahan tenaga dijangka meningkat 31.7% di seluruh zon euro pada Februari.