Friday, July 1, 2022

Ribut petir dijangka berlaku di beberapa negeri petang ini

Beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Johor diramal akan menghadapi ribut petir bermula petang hingga malam ini.

Other News

Ribut petir kuat dijangka berlaku di beberapa negeri bermula 4 petang hingga 8 malam ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menurut amaran dikeluarkan pada 2 petang itu, di Kedah melibatkan Yan, Pendang, Sik, Baling, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu; Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Tengah dan Selatan) dan Perak (Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Perak Tengah, Batang Padang, Muallim dan Hilir Perak).

Turut terlibat beberapa kawasan di Selangor membabitkan Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat, sementara Kuala Lumpur (Batu, Wangsa Maju, Setiawangsa, Titiwangsa, Bukit Bintang, Cheras dan Bandar Tun Razak), manakala di Negeri Sembilan melibatkan Seremban, Kuala Pilah, Rembau dan Jelebu.

Selain itu kawasan di Johor melibatkan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru, sementara Pahang pula di Raub, Bentong dan Bera.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles