- Iklan -
Berita

63 pusat undi awal PRN Johor dibuka 8 pagi

Lebih 22,000 anggota pasukan keselamatan Johor membuang undi bagi PRN Johor hari ini.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan persiapan akhir untuk proses pengundian awal bagi Dewan Undangan Negeri Maharani pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Dewan Serbaguna Perumahan Polis Muar. Gambar: Bernama
Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan persiapan akhir untuk proses pengundian awal bagi Dewan Undangan Negeri Maharani pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Dewan Serbaguna Perumahan Polis Muar. Gambar: Bernama

Sebanyak 63 pusat mengundi bersiap sedia dibuka bagi proses pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15 yang bermula 8 pagi, hari ini.

Lebih 22,000 anggota pasukan keselamatan terdiri dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM), polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan masing-masing layak mengundi hari ini.

Kemudahan di ibu pejabat polis kontijen (IPK) Johor di Jalan Tebrau dan 10 ibu pejabat polis daerah di seluruh negeri serta beberapa pejabat kerajaan turut dijadikan sebagai pusat mengundi.

Anggota tentera akan mengundi di Kem Mahkota, Kluang; Kem Tebrau, Ulu Tiram; Kem Batalio Ke-10 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Batu Pahat dan Kem Rejimen Keempat Artileri Diraja (4RAD), Segamat.

Sementara itu, anggota PGA dan pasangan masing-masing akan mengundi di Batalion ke-5, pasukan PGA di Simpang Renggam, Kluang dan Batalion ke-6 PGA di Bakri, Muar.

Seramai 239 calon bertanding merebut 56 kerusi pada PRN kali ini.

Hari pengundian PRN Johor ditetapkan pada 12 Mac (Sabtu) ini.