- Iklan -
Berita

AirAsia perkenal semula surcaj bahan api bagi semua penerbangan

Penerbangan domestik akan dikenakan RM10 sementara penerbangan antarabangsa perlu membayar antara RM25 dan RM60 mengikut tempoh perjalanan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Ibu pejabat syarikat penerbangan tambang murah Air Asia di Sepang.
Ibu pejabat syarikat penerbangan tambang murah Air Asia di Sepang.

AirAsia Malaysia akan mengenakan semula surcaj bahan api mulai 8 Mac bagi semua penerbangan domestik dan antarabangsanya, mengatakan langkah tersebut adalah bagi mengimbangi kenaikan harga bahan api yang kini melebihi AS$120 setong.

Pelaksanaan surcaj yang sebelum ini dimansuhkan syarikat itu pada 2015 bakal menyaksikan fi sebanyak RM10 dikenakan bagi penerbangan domestik sementara bagi penerbangan antarabangsa fi antara RM25 dan RM60 akan dikenakan mengikut tempoh perjalanan.

Dalam sebuah kenyataan, syarikat penerbangan tambang murah itu berkata surcaj itu akan dikuat kuasa bermula 8 Mac ini.

“Semua tempahan yang dibuat sebelum 8 Mac 2022 tidak akan terjejas,” katanya.

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Riad Asmat berkata pihaknya berharap langkah ini hanya diambil buat sementara waktu sahaja, mengatakan syarikat itu akan terus berusaha untuk menawarkan tambang yang murah kepada orang ramai.

AirAsia pertama kali memperkenalkan surcaj bahan api pada 2005 dan memansuhkannya pada 2008.

Ia kemudian diperkenalkan semula pada 2011 dan dihentikan pada 2015.