- Iklan -
Berita

50% dewasa terima dos penggalak

Sebanyak 12 kes kematian direkodkan semalam dengan satu daripadanya merupakan kematian di luar hospital.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Vaksinasi penggalak mula diberikan kepada penerima vaksin lengkap bagi mengekalkan tahap imuniti melawan virus Covid-19 yang kini bermutasi kepada beberapa varian yang lebih mudah menular.
Vaksinasi penggalak mula diberikan kepada penerima vaksin lengkap bagi mengekalkan tahap imuniti melawan virus Covid-19 yang kini bermutasi kepada beberapa varian yang lebih mudah menular.

Sebanyak 11,710,970 individu atau 50% daripada populasi dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak vaksin Covid-19 setakat malam tadi, demikian menurut data kementerian kesihatan (KKM) menerusi laman CovidNow.

Sementara itu, sebanyak 22,923,144 individu atau 97.9% populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan dos vaksin Covid-19 mereka, manakala 23,200,399 individu atau 99.1% daripada golongan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. 

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,787,267 individu atau 88.6% telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,867,165 individu atau 91.1% lagi sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Statistik harian itu juga menunjukkan sejumlah 178,567 dos vaksin diberikan semalam meliputi 1,635 dos pertama, 2,573 dos kedua dan 174,359 lagi dos penggalak. 

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kepada 63,284,490 dos termasuk 11,710,970 dos penggalak. 

Sementara itu, menurut portal GitHub KKM, sebanyak 12 kes kematian direkodkan semalam dengan satu daripadanya merupakan kematian di luar hospital (BID).

Johor dan Perak mencatatkan angka kematian tertinggi dengan masing-masing tiga kes, diikuti Pahang dan Sabah merekodkan masing-masing dua kes, manakala Melaka dan Selangor masing-masing satu kes.