- Iklan -
Berita

Kes harian menurun ke paras 5,500 jangkitan

Sebanyak 2,855,930 kes Covid-19 dicatatkan setakat ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang pelawat Masjid Kristal, Terengganu bergambar sambil memakai jubah konvokesyen universiti. Di bawah Pelan Pemulihan Negara, penerima vaksin lengkap diberi kelonggaran untuk melakukan aktiviti ekonomi dan sosial.

5,522 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,855,930 kes.

3,285 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,773,948.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 127 kes di mana 102 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 70 kes di mana 48 adalah kes Covid-19.

Dari 5,522 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 39 kes (0.7%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 5,483 kes (99.3%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.