Thursday, May 19, 2022

48.4% dewasa terima dos penggalak

Sementara itu, sebanyak 12 kematian akibat Covid-19 turut dilaporkan semalam.

Other News

Seramai 203,943 individu dewasa di negara ini menerima dos penggalak Covid-19 semalam, menjadikan jumlah kumulatif bagi pemberian dos penggalak meningkat kepada 11,327,531 atau 48.4%.

Menurut data kementerian kesihatan (KKM) menerusi laman CovidNow, seramai 22,920,175 atau 97.9% daripada populasi dewasa telah lengkap menerima vaksinasi, manakala 23,197,884 individu atau 99.1% daripada kumpulan itu, menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin Covid-19.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, seramai 2,784,682 individu atau 88.5% telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,865,987 individu atau 91.1% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Statistik harian menunjukkan sebanyak 208,042 dos vaksin telah diberikan semalam melibatkan 1,677 dos pertama, 2,422 dos lengkap dan 203,943 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bertambah kepada 62,892,195 dos.

Sementara itu, menurut portal Github KKM, sebanyak 12 kematian Covid-19 dilaporkan semalam dengan Sabah dan Selangor masing-masing merekodkan tiga kes, Johor (dua kes) dan masing-masing satu kes di Melaka, Pahang, Perak dan Pulau Pinang.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles