Thursday, May 26, 2022

Tanah mendap telan 5 kenderaan di Serdang

Kejadian tanah mendap itu berlaku akibat longkang di kawasan berkenaan pecah selepas hujan lebat semalam.

Other News

Lima kenderaan yang diletakkan di Jalan LP 1A/2 Lestari Perdana, Serdang rosak selepas berlaku mendapan tanah di kawasan itu petang tadi.

Penolong Penguasa II Balai Bomba dan Penyelamat Serdang Saharudin Abdul Razak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira 6.38 petang, namun ia tidak membabitkan sebarang mangsa.

Menurutnya, lima kenderaan tersebut diletakkan di hadapan bengkel kereta yang jarak antara tebing yang mula runtuh dengan bengkel tersebut adalah tujuh meter.

“Keadaan hujan ketika kejadian itu menyebabkan longkang pecah sehingga berlakunya mendapan tanah dan lima kereta tersebut jatuh sedalam lima hingga enam meter.

“Susulan itu, anggota menutup kawasan kejadian kepada orang awam sebelum menyerahkannya kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Saharudin berkata kejadian mendapan tanah pernah berlaku di kawasan tersebut pada 2017 iaitu kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles