- Iklan -
Berita

SPRM tahan broker kes kontrak perolehan kapal tempur pesisir pantai bernilai RM24 juta

Suspek dipercayai mengemukakan dokumen palsu berhubung kontrak tersebut.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Suspek direman selepas SPRM mendapat perintah Mahkamah Majistret Putrajaya.
Suspek direman selepas SPRM mendapat perintah Mahkamah Majistret Putrajaya.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang broker bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan dokumen kontrak perolehan enam buah kapal Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS) dianggarkan bernilai RM 24 juta yang mengandungi butiran matan palsu .

Menurut sumber dalaman SPRM, Mahkamah Majistret Putrajaya mengeluarkan perintah reman selama lima hari bermula hari ini sehingga 30 Januari terhadap suspek.

Ia dikeluarkan selepas SPRM membuat permohonan berkenaan pagi tadi.

Sumber turut berkata suspek lelaki berusia 62 tahun tersebut ditahan kira-kira pukul 9.30 malam tadi di ibu pejabat SPRM Putrajaya ketika hadir memberi keterangan.

Difahamkan, suspek mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu yang dianggarkan bernilai RM 24 juta kepada sebuah syarikat perkapalan melalui tiga syarikat.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.