- Iklan -
Berita

Kes harian meningkat lepasi 4,700 jangkitan

Sebanyak 2,836,159 kes keseluruhan Covid-19 dicatatkan di seluruh negara setakat ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pengunjung berkelah di Sungai Congkak, Hulu Langat selepas kelonggaran diberikan kepada penerima vaksin lengkap di bawah Pelan Pemulihan Negara.
Pengunjung berkelah di Sungai Congkak, Hulu Langat selepas kelonggaran diberikan kepada penerima vaksin lengkap di bawah Pelan Pemulihan Negara.

4,744 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,836,159 kes.

3,646 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,766,254.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 129 kes di mana 110 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 72 kes di mana 48 adalah kes Covid-19.

Dari 4,744 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 30 kes (0.6%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 4,714 kes (99.4%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.