Tuesday, May 17, 2022

Kertas siasatan kes gangguan seksual libat Adun Johor lengkap

Kertas siasatan itu diserahkan kepada Bahagian Perundangan Polis Diraja Malaysia pada minggu lepas untuk tindakan lanjut.

Other News

Kertas siasatan berhubung kes gangguan seksual membabitkan seorang ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Johor terhadap seorang wanita, yang juga ahli sebuah parti politik, telah dilengkapkan.

Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat berkata kertas siasatan itu diserahkan kepada Bahagian Perundangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada minggu lepas untuk tindakan lanjut.

“Kertas siasatan telah dimajukan kepada bahagian perundangan untuk mereka meneliti dan kaji hasil siasatan kita,” kata beliau kepada pemberita di ibu pejabat polis Johor hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan siasatan kes gangguan seksual membabitkan Adun itu.

Mengulas lanjut, Kamarul Zaman berkata 11 individu telah memberikan keterangan membabitkan kes itu termasuk Adun dan wanita tersebut.

Pada 17 Januari lepas, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Hussin Zamora berkata pihaknya menerima laporan polis daripada wanita berusia 26 tahun itu di Balai Polis Kota Tinggi.

Laporan polis mengenai kes itu turut tular di media sosial dan wanita berkenaan mendakwa telah beberapa kali diganggu secara seksual oleh Adun terbabit.

Bagaimanapun, Adun terbabit menerusi kenyataan baru-baru ini menafikan dakwaan itu dan menyatakan ia adalah satu fitnah, konspirasi politik serta cubaan untuk menjatuhkan maruah beliau sebagai ahli politik.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles