Thursday, May 19, 2022

Dr Mahathir dipindahkan ke wad biasa IJN

Keluarga pemimpin veteran itu berkata beliau semakin ceria dan bersemangat untuk pulih sepenuhnya.

Other News

Keadaan kesihatan bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad semakin pulih dan kini dipindahkan ke bilik wad biasa Institut Jantung Negara (IJN), kata anak sulungnya Marina Mahathir.

Menurut Marina, bapanya sudah semakin ceria dan bersemangat untuk kembali pulih sepenuhnya.

“Dari penilaian pasukan doktor pakar yang merawat Dr Mahathir Mohamad, beliau didapati semakin pulih,” katanya dalam sebuah kenyataan sambil menambah pemimpin veteran itu masih tidak dibenarkan menerima pelawat ketika ini.

Mahathir mula menunjukkan tanda semakin baik semalam selepas beliau dilihat mula berseloroh dengan ahli keluarganya dan selera makannya mula meningkat.

Sejak Disember, ini merupakan kali ketiga Mahathir dimasukkan ke IJN.

Mahathir dimasukkan ke IJN bagi menjalani prosedur elektif 7 Januari lalu, kira-kira tiga minggu selepas beliau dimasukkan ke hospital itu untuk menjalani pemeriksaan kesihatan penuh.

Beliau juga sebelum ini dimasukkan ke IJN pada 2013 dan 2016 bagi rawatan jangkitan paru-paru.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles