- Iklan -
Berita

Kes harian menurun lagi ke paras 3,200

Sebanyak 2,836,159 kes keseluruhan Covid-19 direkodkan di seluruh negara setakat ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Kakitangan kerajaan mengambil kesempatan waktu rehat tengah hari untuk membeli-belah di gerai jualan berhampiran klompleks kerajaan di Putrajaya.
Kakitangan kerajaan mengambil kesempatan waktu rehat tengah hari untuk membeli-belah di gerai jualan berhampiran klompleks kerajaan di Putrajaya.

3,214 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,836,159.

3,116 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,759,049.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 146 kes di mana 112 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 65 kes di mana 40 adalah kes Covid-19.

Dari 3,214 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 35 kes (1.1%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 3,179 kes (98.9%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.