- Iklan -
Berita

Kes harian menurun ke paras 3,800

Sebanyak 2,832,945 kes keseluruhan Covid-19 dicatat di seluruh negara setakat ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Satu keluarga bercuti di pantai Batu Burok Kuala Terengganu ketika kelonggaran dinikmati susulan kejayaan program vaksinasi negara.
Satu keluarga bercuti di pantai Batu Burok Kuala Terengganu ketika kelonggaran dinikmati susulan kejayaan program vaksinasi negara.

3,856 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,832,945.

4,116 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,829,089 kes.

2,814pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,755,933.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 143 kes di mana 121 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 53 kes di mana 43 adalah kes Covid-19.

Dari 3,856 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 35 kes (0.9%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 3,821 kes (99.1%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.