- Iklan -
Berita

Dr Mahathir stabil, berikan respons baik kepada rawatan

Bekas perdana menteri itu berada di Institut Jantung Negara sejak dua hari lalu.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir Mohamad memberikan respons yang baik kepada rawatan, kata anak perempuan sulungnya ketika seluruh negara melahirkan rasa bimbang mengenai kesihatan pemimpin veteran itu.

“Keadaan beliau kini stabil dan memberi respons yang baik kepada rawatan tersebut,” kata Marina Mahathir dalam sebuah kenyataan petang ini.

Marina turut berkata ibunya, Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan ahli keluarga berharap rakyat Malaysia dapat mendoakan kesembuhan Mahathir.

Ini merupakan kenyataan pertama dari keluarga Mahathir sejak beliau sekali lagi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) dua hari lalu, selepas menjalani prosedur perubatan elektif baru-baru ini.

Mahathir sebelum ini dimasukkan ke IJN pada Disember, di mana doktor mengatakan beliau menjalani beberapa pemeriksaan kesihatan.

Beliau kemudiannya dimasukkan sekali lagi tiga minggu kemudian pada 7 Januari lalu bagi menjalani prosedur perubatan elektif.

Mahathir pernah dimasukkan ke IJN pada 2013 dan 2016 bagi rawatan jangkitan paru-paru.

Pada 2007, beliau turut dimasukkan ke hospital selepas mengalami dua serangan jantung setahun sebelumnya.