- Iklan -
Berita

Kes harian meningkat lepasi 3,700 jangkitan

Sebanyak 2,820,927 kes keseluruhan Covid-19 dicatat setakat ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pengunjung menikmati keindahan di sepanjang Sungai Melaka berhampiran Jonker Street dengan memakai pelitup muka bagi melindungi diri daripada wabak Covid-19.
Pengunjung menikmati keindahan di sepanjang Sungai Melaka berhampiran Jonker Street dengan memakai pelitup muka bagi melindungi diri daripada wabak Covid-19.

3,764 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 2,820,927.

Pesakit yang sembuh pula mencatat 3,245 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 2,747,457.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 160 kes di mana 125 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 72 kes di mana 55 daripadanya adalah kes Covid-19.