- Iklan -
Berita

Imbas suhu tidak lagi diwajibkan, kata Khairy

Menurut Khairy, imbasan MySejahtera untuk daftar masuk ke premis sudah memadai.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Imbas suhu badan menjadi SOP wajib bagi orang ramai yang ingin masuk di mana-mana premis sejak 2020.
Imbas suhu badan menjadi SOP wajib bagi orang ramai yang ingin masuk di mana-mana premis sejak 2020.

Kementerian kesihatan (KKM) hari ini bersetuju untuk mengeluarkan penggunaan wajib pengimbas suhu daripada prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Menurut Kesihatan Khairy Jamaluddin, Majlis Keselamatan Negara (MKN) sudahpun bersetuju dengan cadangan tersebut.

“Selepas dipinda SOP nanti, tidak akan diwajibkan premis-premis untuk ada pengimbas suhu lagi.

“Memadai untuk check-in MySejahtera,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Selain itu, Khairy turut mengumumkan tempoh kuarantin pengembara luar negara yang telah menerima dos penggalak ditetapkan selama lima hari.

Sementara pengembara yang tidak menerima dos penggalak ditetapkan selama tujuh hari dan mereka yang belum melengkapkan vaksin akan diarahkan untuk kuarantin selama 10 hari.

Sejak Disember, kerajaan menetapkan pengembara yang tiba dari luar negara perlu menjalani kuarantin di stesen kuarantin tanpa mengira status vaksinasi berikutan kebimbangan global terhadap varian Omicron.

Selain perlu menjalani kuarantin, mereka juga perlu menjalani ujian saringan beberapa kali sepanjang kuarantin tersebut dan hanya dilepaskan selepas negatif bagi ujian saringan terakhir.