Wednesday, May 18, 2022

Hak Adun Pasir Bedamar buat ujian air kencing kedua, kata polis

Polis masih menunggu laporan patologi sampel air kencing Adun itu bagi memastikan sama ada ia negatif atau positif.

Other News

Adalah hak seorang Ahli Dewan Undangan negeri (Adun) Perak untuk membuat ujian kedua air kencingnya, selepas ujian pertama didapati mendapati positif dadah ketika ditahan di sebuah pusat hiburan di Perai, dekat sini 13 Januari lepas.

Namun Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata pihaknya tidak boleh menguna pakai keputusan tersebut, walaupun ujian kedua air kencing yang dibuat oleh lelaki berusia 54 tahun itu, negatif.

“Polis masih menunggu laporan patologi sampel air kencing Adun itu bagi memastikan sama ada ia negatif atau positif, selepas dapat keputusan baru kita tahu macam mana (negatif atau positif), kami juga sedang melengkapkan kertas siasatan kes itu.

“Berdasarkan laporan berita, beliau telah membuat ujian kedua air kencingnya di sebuah klinik swasta dan ia negatif, itu adalah haknya (untuk buat ujian kedua), siasatan kami berdasarkan keputusan patologi yang dijangka diperoleh dalam tempoh satu hingga tiga bulan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Bedamar Terence Naidu, mendakwa ujian kedua air kencing yang dilakukan di sebuah klinik swasta – Klinik 02 di Pulau Pinang didapati negatif.

Peguamnya Ramkarpal Singh dalam satu kenyataan dilaporkan berkata ujian itu dilakukan pada 15 Januari lepas, sehari selepas dia dibebaskan dengan jaminan polis dan berdasarkan perkembangan tersebut, siasatan lanjut perlu dibuat oleh pihak polis dengan kadar segera, demi kepentingan dan keadilan kepada Terence.

Mengulas lanjut, Mustafa berkata polis memang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu termasuk laporan polis dibuat Adun tersebut, yang mendakwa minumannya telah dicampur dengan dadah dan ditambah semasa beliau ke tandas di ruang karaoke.

“Polis menjalankan siasatan selengkap-lengkapnya sebelum kertas siasatan disiapkan, dihantar kepada DPP (timbalan pendakwa raya) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata pihaknya juga masih menunggu laporan patologi 35 lagi individu, termasuk dua anggota polis yang turut positif ketika ditahan dalam serbuan pukul 9 malam tersebut.

Dua anggota polis yang ditahan dalam serbuan itu adalah anggota polis dari Ibu pejabat Polis Kontinjen Perak dan Pulau Pinang.

Dalam serbuan kira-kira pukul 9 malam di sebuah pusat hiburan di Perai itu, seramai 48 individu ditahan dengan 36 daripadanya berkaitan kes narkotik manakala 12 lagi berkaitan kes jenayah.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles