- Iklan -
Berita

41.6% dewasa terima dos penggalak vaksin Covid

97.9% populasi dewasa telah lengkap menerima suntikan vaksin setakat ini.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Orang Asli Temuan mendapatkan vaksinasi Covid-19 daripada pasukan petugas kesihatan yang masuk ke kawasan pedalaman untuk menjalankan vaksinasi secara terus tanpa janji temu di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.
Orang Asli Temuan mendapatkan vaksinasi Covid-19 daripada pasukan petugas kesihatan yang masuk ke kawasan pedalaman untuk menjalankan vaksinasi secara terus tanpa janji temu di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Seramai 127,066 individu dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak vaksin Covid-19 semalam, menjadikan jumlah kumulatif bagi pemberian dos penggalak meningkat kepada 9,744,147 atau 41.6% setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data kementerian kesihatan (KKM) menerusi laman CovidNow, seramai 22,909,192 individu atau 97.9% populasi dewasa telah lengkap menerima suntikan vaksin manakala 23,188,245 individu atau 99.1% populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin Covid-19.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, seramai 2,774,961 individu atau 88.2% telah melengkapkan vaksinasi manakala 2,861,715 individu atau 91% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Dalam pada itu, statistik harian menunjukkan 129,597 dos vaksin telah diberikan semalam melibatkan 1,043 dos pertama dan 1,488 dos lengkap menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 61,275,453.

Sementara itu, menurut portal GitHub KKM, sembilan kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam dengan Selangor, Pahang dan Melaka masing-masing merekodkan dua kematian manakala Terengganu, Sabah dan Kelantan masing-masing satu kematian.