- Iklan -
Berita

Kes harian kembali lepasi 3,200 jangkitan

2,813,934 kes keseluruhan Covid dicatat setakat ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai mengambil kesempatan meluangkan masa beriadah bersama ahli keluarga pada cuti hujung minggu sempena di Taman Tasik Titiwangsa selepas diberikan kelonggaran melakukan aktiviti-aktiviti luar di bawah Pelan Pemulihan Negara.

Malaysia mencatat 3,245 kes baru Covid-19 hari ini menjadikan kes keseluruhan sebanyak 2,813,934  jangkitan.

Pesakit yang sembuh pula mencatat 3,093 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 2,741,355.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 183 kes di mana 128 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 84 kes di mana 52 adalah kes Covid-19.